This makes me crazy!!! Allow me to write in Malay okay?? Can I??? Okay, thank you...=))))
Kak Yayah suka buat aku teruja. Beberapa hari yang lepas pasal dia nak buat Dear Yayah 6, lepas tu dia cakap nak buat Peraduan Puisi Untuk Dear Yayah!!! Rasa nak menjerit biar satu hostel dengar keterujaan (ada ke perkataan ni?? hehe) aku. Tanpa membuang masa dan tenaga, tadaa....*wink*wink*wink*wink*wink* (buat-buatlah bunyi yg bez)
Terimalah puisi yang tak seberapa nak best ni:
Tajuk Puisi: Buat Dia
Buat dia yang tersayang,
Hari ini buat aku terkenang
Detik perkenalan yang tak diundang
Mulanya kawan kemudian sayang
Takkan ku lupa walau bayang menghilang.
Buat dia yang sentiasa dikenang,
Hatiku ini hanya untukmu seorang
Sayangmu padaku ini janganlah hilang
Meskipun dugaan kian mendatang
Meskipun malam menjadi bintang
Meskipun mentari pudar terang
Meskipun langit tidak lagi terbentang
Buat dia yang sering diingatan,
Selamat ulangtahun kelahiran,
Juga sempena ulangtahun perkenalan,
Semoga sentiasa diberkati tuhan,
Diharap hubungan akan berkekalan,
Harapanku hingga ke perkahwinan,
Meskipun itu jadi keinginan,
Capailah dulu cita-cita dan harapan.
Capailah dulu cita-cita dan harapan.
Puisi ni rasanya lebih sesuai untuk Jihan kot. Lagipun biarlah sekali-sekala Hazman romantik sikit. Hazman dah mula cemburu, jadi sesuailah untuk dia bagi puisi ni untuk Jihan. Hehehe....
p/s: puisi ni memang dah lama dicipta untuk seseorang yang istimewa, tapi ada sedikit perubahan untuk disesuaikan dengan Dear Yayah... Harap-harap terpilih supaya puisi ini bertambah-tambah istimewa... =)
Orang yang comel:
http://cyndersab.blogspot.com/2012/01/pertandingan-puisi.html
ReplyDelete